Tuesday, June 1, 2010

EX PUMA





EX JENGKING WATAN

.... SEDANG DIBANGUNKAN .......

EX PEDATI LASAK SIRI 1















PENGENALAN

KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

"BERKHIDMAT KEPADA SEMUA"

1. Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). ASC telah ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera. Pada 9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah ditubuhkan. Pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja dan bercogankata “BERKHIDMAT KEPADA SEMUA”


PERANAN DAN TUGAS:

2. Peranan KP adalah menguruskan pembekalan dan pergerakan dalam TD dikendalikan oleh Kor Perkhidmatan (KP) seperti berikut:

* Pengangkutan Jalan Raya. Memberi bantuan kenderaan barisan kedua, ketiga dan keempat kepada TD, TLDM dan TUDM.

* Bekalan Rangsum dan Petrol Minyak dan Pelincir (PMP). Perolehan, akaun dan mengeluarkan bahan-bahan makanan dan PMP kepada TD.

* Pembekalan Udara. Memberi bantuan berbentuk peralatan dan keanggotaan terlatih dan bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk pembekalan udara.

* Perkhidmatan Pergerakan. Mengadakan organisasi untuk melaksanakan polisi pergerakan biasa TD/ATM.

* Perkhidmatan Sajian. Menyediakan jurusajian kepada TD. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam melaksanakan pemeriksaan pakar sajian kepada pasukan-pasukan dalam TD.

* Perkhidmatan Berek. Menguruskan pembekalan bahan-bahan api, elektrik, air serta gas cecair kepada semua rumah keluarga, rumah masak dan bangunan-bangunan yang diduduki oleh TD.

* Perkhidmatan Bomba. Mengurus dan mengedalikan perkhidmatan bomba TD.

* Latihan. Melatih anggota Kor Perkhidmatan dalam fungsi khas KP dan juga melatih semua pemandu dalam ATM